Pages

0

~SISTEM KOMPUTER~


TOPIC 3


  • Definisi komputer


- Mesin elektronik yang beroperasi di bawah arahan yang tersimpan dalam ingatannya
1) Menerima data
2) Manipulasi data mengikut peraturan tertentu
3) Mengeluarkan keputusan
4) Menyimpan maklumat (keputusan) untuk kegunaan masa hadapan








  • Evolusi Komputer
- Abakus -> tetulang -> pascaline






















- 1951: UNIVAC 1 (UNIVersal Automatic Computer 1), adalah komputer pertama yang diperdagangkan

- Era komputer moden -> 50 tahun

- Dibahagi kepada 5 generasi:
1) Generasi Pertama (1942-1959) : Era Tiub Hampagas
* Guna tiub hampagas untuk perlitaran, storan data, dan suruhan
* Besar, masalah haba yang tinggi dan tidak boleh dipercayai sepenuhnya -> pengendalian terganggu dan tidak cekap
* Pengaturcaraan dalam bahasa mesin

2) Generasi Kedua (1959-1965)
* Transistor dianggap sebagai satu suis
* Kelajuan lebih baik dan lebih kecil -> melaksanakan satu pengendalian dalam mikrosaat (juta sesaat) dan menyimpan puluhan ribu aksara
* Boleh dipercayai, padat saiz dan bebas daripada masalah haba
* Aturcara -> bahasa mesin dan bahasa bersimbol

3) Generasi Ketiga (1965-1970)
* Litar bersepadu yang amat kecil dan lebih baik
* Peranti I/o dapat berkomunikasi dalam jarak jauh melalui talian telefon / komunikasi
* Imbasan secara terus boleh dilakukan, paparan ala televisyen, mainkan muzik dan input suara yang terhad dengan tindakbalas
* Keupayaan storan lebih baik -> memproses banyak aturcara dalam nanosaat (seribu juta sesaat) dan secara serentak
* Bahasa paras tinggi

4) Generasi Keempat
* Keupayaan lebih baik
* Storan maya
* CD-ROM

5) Generasi Kelima
* Tidak sama dengan generasi sebelum ini
* Keupayaan yang terbaik:
a) saiz yang lebih kecil
b) saiz ingatan meningkat
c) kelajuan yang pantas
d) membuat penaakulan, pengiraan kompleks dan lain-lain
e) mesin bertutur -> robotik

  • Jenis-jenis komputer
- Terdapat enam kategori utama:

1) Komputer Peribadi















2) "Handheld Computer"














3) Perkakasan Internet

4) "Mid-range Server"












5) Kerangka Utama

6) Superkomputer





0 comments:

Post a Comment

Back to Top