Pages

0

~PENGENALAN: KONSEP-KONSEP ASAS PENGAJARAN~

TOPIC 1


- Finn (1960), Molenda & Russell (1989), dan Romizowski (1988): Teknologi membawa dua maksud
1) Teknologi sebagai proses: Penggunaan pengetahuan Sains dan lain-lain cabang ilmu untuk menghasilkan tugasan-tugasan pembelajaran yang praktikal. Suatu proses ke arah penyelesaian kepada masakah-masalah dengan menggunakan teknik, kaedah, reka bentuk atau alat yang berkesan dan teruji
2) Teknologi sebagai produk atau bahan: Penghasilan perkakasan dan perisian hasil dari proses-proses teknologi itu sendiri. Contohnya, projektor (perkakasan) dan filem (perisian) adalah hasil teknologi

- Saettler (1990): Teknologi bukan bererti penggunaan mesin tetapi meliputi teknik penggunaan
pengetahuan saintifik

  • Teknologi Pendidikan
- Crowell (1971): Penggunaan kemahiran dan teknik moden dalam keperluan latihan yang meliputi kemudahan belajar dengan menggunakan persekitaran setakat mana ianya menimbulkan pembelajaran

- Sistem yang meliputi alat dan bahan media, dan organisasi yang digunakan secara terancang bagi menghasilkan kecekapan dalam pengajaran dan keberkesanan pembelajaran

  • Ciri-Ciri Teknologi Pendidikan Yang Baik
- Dapat menjelaskan idea-idea yang kabur
- Dapat menerangkan isi-isi pelajaran
- Alat yang besar dan jelas untuk dilihat
- Warna bagi tulisan dan gambar perlu dipelbagaikan
- Bahan yang tahan lama dan boleh disimpan
- Hasil dan kemahiran yang baik jika alat dibuat sendiri

  • Kepentingan Teknologi Pendidikan
- Dapat fokus isi-isi penting dari topik yang disampaikan
- Jimat masa, tenaga, dan wang
- Elak rasa bosan, kekal minat, dan menghiburkan
- Elak rasa tidak faham / salah tafsir terhadap konsep melalui deria-deria (melihat, mendengar,dan menyentuh)
- Gambaran menyeluruh dan jelas sesuatu konsep
- Melibatkan pelbagai deria -> meningkatkan daya ingatan
- Memberi kelainan dan kepelbagaian kaedah mengajar
- Membantu mendapatkan kesan pembeljaran maksimum dengan penggunaan masa minimum
- Menambah pengalaman

  • Prinsip Teknologi Pendidikan
- Sebagai ABM (alat bantu mengajar)

- Digunakan untuk pengajaran, bukan hiburan

- Penggunaan dirancang dalam 3 peringkat:
1) Sebelum Kegunaan -> rancang masa dan cara untuk dikaitkan dengan topik
2) Semasa Kegunaan -> rancang ulasan dan penekanan aspek-aspek penting
3) Selepas Kegunaan -> rancang aktiviti lanjutan seperti soalan-soalan, kesimpulan dan penilaian

- Dipilih berdasarkan:
1) Kesesuaian topik
2) Objektif pelajaran
3) Latar belakang pelajar
4) Saiz kelas
5) Keadaan fizikal bilik darjah

- Digunakan untuk mencapai sesuatu objektif pelajaran, dan peringkat perkembangan pelajaran (topik, konsep, kesimpulan dan penilaian)

- Digunakan mengikut masa yang sesuai -> masa yang merangsang pembelajaran

- Digunakan untuk merujuk kepadanya

- Selepas digunakan, tanggalkan supaya tidak mengganggu proses pembelajaran seterusnya

- Setelah tamat pengajaran, pamer untuk rujukan kelas





0 comments:

Post a Comment

Back to Top